#daerahhati128
Dear Myself,
Kerap aku berlari mengejar bayangku sendiri. Gelap dan kabur.
Geraknya laju, selaju menganyam dosa yang berantai di kaki.
Puas aku tersungkur meleraikan rantai semalam.
Letih akan jalan yang tak berkesudahan ini.
Anehnya,
Tangan malaikat yang dihulur, sudah tiada makna.
Aku rela ditimbus kegelapan malam.
Mati dan terus mati.
Di balik tirai itu, aku mengintai diam.
Mendoakan dengan penuh ikhlas,
Tersenyum melihat syurga duniaku.
Terpana mengira kebaikannya.
Dan dalam diam, aku menyimpan harap.
Saat ini,
Patut kau tahu bahawa hati ini bukan milikmu lagi.
4.17 a.m // 10 April 2017
By; Fatini Afpandi
No comments:
Post a Comment