Wednesday, May 3, 2017

#daerahhati128

Dear myself,

Aku milikinya, saat hati hanya berdetik mahu...
Tanpa aku berdoa, tanpa aku meminta.
Manisnya, tiada keaslian,
Tawarnya bukan lagi pilihan.

Keliru aku di pelarian ini,
Berharapkan sesuatu yang tak pasti,
Membina pertahanan yang tak mungkin mampu bertahan.

Percuma.

Perlukah aku terus berlari?
Sehingga hati ini tak mampu lagi berdetik?

Tolong.

Ajarkan aku cara berdoa,
Ajarkan aku cara meminta.

Aku buta kerananya.


11:57 pm // 4 Mei 2017
By;  Fatini Afpandi