#daerahhati122
Dear Myself,
Aku bersyukur,
Sedang aku tidak memiliki apa apa.
Saat dan ketika semalam,
Juga hari hari yang kian merapat,
Hati ini sering berbisik diam,
Mata ini kaku memejam rapat.
Tanda ke-akur-an rentak takdir.
Dalam ketika aku mencuba membuka mata,
Aku dihadiahkan dengan sejuta bahagia.
Yang dulu...
Pernah aku impikan.
Entah mengapa, hatiku terasa berat.
Untuk terima segala yang bukan milikku.
Cuma dengan sedikit rasa syukur,
Sebesar jala ikhlas,
Aku diuji sekali lagi.
Kali ini...
Dengan kebesaran nikmat-Nya.
Hebat percaturanmu ya Allah.
Aku akui,
Aku tak perlu meminta lebih,
dan tak perlu berasa kurang.
Syukur apa adanya.
9.42 am / / 27 Ogos 2015
By: Fatini Afpandi
No comments:
Post a Comment