Saturday, January 10, 2015

#daerahhati66



Dear Myself,

Aku bukannya tuhan yang layak untuk menghukum kau sekejam kejamnya, Aku juga bukan nabi yang mampu memaafkan umatnya dengan selapang dada yang terkuak. Tetapi aku masih manusia biasa yang tahu baik dan buruknya dalam setiap perkara dalam hidupku.

Diam membisu bukan bermakna aku membenci. Tiada pandangan dari bola mata bukan bermakna aku tidak peduli. Aku cuma mampu tersenyum sebab itulah kemenangan bagi aku. Rasa sakit itu sudah lama berlalu pergi dan pengalaman ini membuatkan aku sangat berhati hati dan memilih.

Andai kau rasa perasaan aku ini adalah satu permainan yang menyeronokkan, teruskanlah bermain dengannya. Teruskanlah. Aku yakin kau akan menang tanpa bertanding di liga sakti ciptaan kau ini. Sebab kau hanya bermain dengan bayang bayang yang putus jasadnya. Bebayang itu bukan tertulis namaku kerana bagi aku kau dah lama terhapus dari kalam hidup ini.

Dan peluang kedua bukan tertulis untukmu.

Pergilah menjauh.

No comments:

Post a Comment