Sunday, January 4, 2015

#daerahhati46



Dear Myself, 

Semalam aku hanyalah insan kerdil di mata mereka. Tidak dikenali malah dipandang remeh. Aku sekecil semut. Tiada tenaga untuk melawan mahupun memberontak. Akulah hama, akulah hina.

Tetapi hari ni aku bukan aku yang itu lagi. Aku bangkit hanya dengan setitis semangat, harapan dan bakat yang aku miliki. Ternyata mereka kagum. Mereka menghargai, dan mereka terduduk.

Lantas aku lupa dan alpa pada setiap penganiayaan yang pernah aku terima. Penganiayaan yang pernah menjadikan aku si daif yang tidak ingin dipandang dengan sebelah mata mahupun untuk dicontohi. 

Semuanya kerana apa?

kerana,

Allah itu maha adil

No comments:

Post a Comment