Tuesday, December 16, 2014

#daerahhati14


Dear Myself,

Saat ini hati tiba tiba terdetik bertanya, 

Siapakah yang akan menemani aku sehingga ke Syurga?

Sungguh,

Aku tidak peduli melihat mereka yang menemani aku di saat aku menghadapi sakaratul maut, kerana di saat itu manusia hanya menilai aku dengan hartaku yang tersisa dan terbiar.

Aku juga tidak peduli melihat mereka yang menghadiri majlis pengebumian dan tahlilku, kerana di saat itu aku telah tiada dan sudah mulai mereput.

Tetapi,

Aku peduli akan mereka yang terus menerus memberikan aku makanan akhirat. Doa. Kerana di saat itulah aku tahu....

Aku benar benar tahu....

Bahawa hanya merekalah yang benar benar ikhlas menyayangi dan menerimaku seadanya.

No comments:

Post a Comment