Monday, December 22, 2014

#daerahhati18



Dear Myself,

Menang tak bermakna kita kalah. 

Selalu selalulah fahamkan diri sendiri tentang erti kemenangan yang sebenar benarnya apabila berhadapan dengan dunia yang berpenghunikan insan- insan protagonis ini.

Semuanya terletak atas diri sendiri.

Bagi aku, tidak mengapa jika kalah pada insan insan sebegini. Sebab aku yakin bahawa aku sudah lama menang dalam permainan jijik yang sedang enak dijalankan ini. Mereka seolah olah ralit mencari sesuatu yang tak pasti dalam diriku lantas menyebarkannya dan lansung percaya.

Namun aku? 

Jangan ditanya mengapa aku menguncikan mulut dan merantai jauh diri ini dari "mereka". Sebab utama aku menjauhkan diri adalah berpangkalkan hati yang teramat sakit dan tidak mahu menyakiti.

Ya.

Sebab aku tak perlukan sebarang senjata untuk membunuh orang sekelilingku. 

Faham?

No comments:

Post a Comment