#daerahhati8
Dear Myself,
Kata orang cinta yang benar benar tulus itu hanya wujud cuma dalam dunia khayalan.
Dan aku kata ya. Aku percaya.
Love isn't everything, tapi dalam meneruskan sisa baki hidup ini, kita perlukan secebis cinta. cinta untuk bergantung harap, cinta yang bakal menyulam benteng kepercayaan dan juga cinta dalam membina seluruh keyakinan bahawa dalam hidup ini masih ada lagi insan yang masih memerlukan kita.
Hanya dengan secebis cinta.
Macam mana pula dengan 'cinta monyet' ? Bergayut, berhenti dan bermain di sebatang pohon dan bila masa kau rasa kau bosan, kau mula beralih ke pohon yang lain pula dan seterusnya.
Hidup perlu diteruskan.
Dan jikalau kita hilang dalam mengejar bebayang yang indah, terputus harap dalam membina angan, tersungkur tatkala menyusuri langkahnya dan akhirnya menangis bersendirian di dalam kegelapan malam.
Dan, bila saja kau baru belajar untuk mencipta sihar cahaya, bebayang indah terbang bersama peri kayangan, angan-angan harapan yang kau sulam berkecai begitu sahaja dan derapan langkah yang dikejar menjadi semakin laju....
Aku harap kau takkan sedih. Aku tahu kau terluka. Bersabarlah.
Sebab, bukankah mak kita selalu pesan supaya kita perlu beri barang yang dah digunakan dan tak diperlukan kepada orang yang kurang bernasib baik?
No comments:
Post a Comment