#daerahhati6
Dear Myself,
Aku tak malu untuk mengaku yang aku ini sememangnya lemah. Walau di hadapan musuh aku sendiri. Kerana aku yakin di setiap sebalik bait kata kata aku tadi, sedikit sebanyak telah membuatkan musuh aku percaya bahawa dia bakal menang besar dalam perang yang aku cipta ini.
Tapi, dia salah.
Walaupun aku masih mengizinkan setiap rembulan malam aku ditemani tangisan kegagalan dan kesedihan, aku pasti akan bangkit dengan seribu macam cara yang bermula dengan beribu kepincangan.
Sebab aku yakin dan percaya, seribu kepincangan boleh berubah menjadi berjuta kejayaan.
Untuk setiap mimpi yang tak pasti, untuk setiap bait kata yang menyakiti hati, Moga saja tiada satu pun yang terlekat dan terpalit di hati ini. Moga saja.
Semoga saja aku tak akan terlebih dalam setiap perkara dalam hidupku, aku mahu belajar beserderhana. Dalam setiap langkahku. Insyaallah, syukur. Ya Allah, terima kasih atas segalanya.
Kadang aku sedar, aku sering mengejar sesuatu yang aku tak berhak untuk miliki.
Sesuatu yang jauh dan terlalu tinggi untuk aku capai. Sesuatu yang terlalu indah dan mahal. Sesuatu yang terlalu dalam maknanya.
Aku sedar.
Kerana aku masih manusia biasa.
No comments:
Post a Comment